Kepakaran saya adalah membantu anda menyediakan Kek Coklat Lembab yany terbaik didunia! ™

Thursday, May 23, 2013

Fungsi Serbuk Penaik (Baking Powder)






KEBANYAKAN produk pastri yang dibakar memerlukan bahan penaik agar ia naik dengan gebu dan lembut.

Oleh demikian agen penaik seperti serbuk penaik (baking powder) digunakan. Saya pasti anda sudah biasa dengan kegunaan baking powder.

Ia merupakan bahan penaik kimia berbentuk serbuk kering yang digunakan untuk menambah isipadu atau meringankan tekstur produk pastri seperti kek, mufin, skon dan biskut.

Apabila anda menggunakan baking powder untuk membuat kek dan sebagainya adalah lebih baik mengayaknya bersama dengan bahan-bahan kering dahulu sebelum dibancuh dengan bahan-bahan lain supaya produk yang anda bakar itu akan naik dengan sekata.

Baking powder mengandungi serbuk soda, garam-garam asid (aluminium krim tartar dan natrium sulfat) dan ditambah tepung jagung yang berfungsi untuk menyerap sebarang lembapan.

Kebanyakan baking powder yang digunakan hari ini bertindakbalas sebanyak dua kali dalam dua peringkat.

Tindak balas pertama akan berlaku dengan cecair yang ada dalam adunan dan tindak balas kali kedua pula akan berlaku apabila produk kena pada haba.

Tindakbalas pertama di antara baking powder dan cecair dalam adunan akan menghasilkan gas karbon dioksida.

Tindakbalas kedua pula mengambil tempat apabila adunan diletakkan dalam ketuhar. Ketika ia dibakar di dalam ketuhar sel-sel gas udara akan menjadi lebih luas menyebabkan produk yang dibakar akan meningkat isipadunya.

Baking powder yang ada tindak balas secara dua peringkat ini membolehkan adunan produk dibiarkan seketika di luar ketuhar selama kira-kira 15-20 minit kerana baking powder masih boleh berfungsi dan stabil tindak balasnya.

Pada umumnya satu camca teh (5 ml) serbuk penaik digunakan dalam nisbah adunan sebanyak satu cawan (200-250 gm) tepung, satu cawan cecair dan satu biji telur.

Bagaimanapun anda dinasihatkan mengurangkan penggunaan baking powder dalam adunan yang terlalu berasid kerana keasidan tinggi yang sedia ada dalam adunan seperti jus limau, buttermilk dan madu akan memberikan rasa kurang enak pada makanan.

Apabila keasidan berlebihan yang sedia ada dalam adunan, penggunaan baking powder perlu dikurangkan dan ditambahkan dengan serbuk soda. Misalnya, satu cawan tepung, satu biji telur dan satu cawan buttermilk memerlukan hanya setengha camca teh baking powder dan setengah serbuk soda.

Asid yang sedia ada daripada bahan-bahan yang digunakan akan bertindak balas untuk menaikkan produk itu dengan serbuk soda. Terlalu banyak baking powder digunakan akan menyebabkan rasa pelik yang tidak sedap.

Selain itu, ia akan naik dengan cepat dan boleh menyebabkan produk yang dibakar jatuh atau terlalu merekah selepas dibakar.

Ini disebabkan gelembung- gelembung udara terhasil terlalu besar dalam produk dan ruang yang terlalu besar itu menyebabkan ia tidak dapat menahan dan produk akan jatuh.

Selain itu, ia menjadikan tekstur produk terlalu kasar, rapuh dan akan terjadi lekuk luas di tengah-tengah.
Terlalu sedikit baking powder pula akan menyebabkan kek terlalu padat dan tidak naik.

Baking powder boleh menjadi rosak jika tidak disimpan dengan cara yang betul. Oleh itu, adalah lebih baik anda menguji baking powder itu sama ada masih baik atau tidak.

Caranya mudah sahaja campurkan 1 sudu teh (5gm) baking powder dengan setengah cawan (120 ml) air panas dan campuran itu harus menghasilkan buih-buih serta merta sebagai tanda baking powder itu masih lagi baik dan boleh digunakan.

Baking powder yang lebih dan tidak digunakan hendaklah ditutup rapat dan disimpan di tempat yang kering.

Baking powder yang baik adalah masih kekal dalam bentuk serbuk dan tidak menjadi padat. Jangan disimpan dalam peti sejuk kerana lembapan akan merosakkan baking powder.
Jika ia disimpan dalam keadaan baik ia boleh tahan selama enam hingga 12 bulan.

Jadi sekarang kita dah celek apa itu serbuk penaik.Betul kan!Nantikan artikel seterusnya daripada kami. 

Sumber PKCL:Utusan.com

Tuesday, April 16, 2013

Kebaikan Coklat




Adik:Mak adik nak coklat!
Mak:Adik jangan makan coklat.Coklat tak baik untuk kesihatan.

Hah!Ada benarnya cakap mak kan,tapi adakah betul semua coklat tak baik untuk kesihatan.

Rahsia Tersembungi Coklat:



  • Coklat membuatkan anda KENYANG!


Oleh kerana coklat yang kaya dengan fiber, ia mampu membuat anda berasa kenyang dan kurang lapar.Kajian menunjukkan coklat gelapa lebih baik berbanding susu.Satu sudu coklat asli mengandungi hanya 12 kalori berbanding satu sudu gula iaitu 30 kalori.

  • Coklat membuatkan anda BIJAK!

Peningkatan aliran darah ke otak mampu membuatkan kita lebih berjaga-jaga dan sedar.Kajian di Britain menunjukkan coklat boleh meningkatkan pretasi dalam bidang pengiraan.

  • Coklat meningkatkan kadar PENGLIHATAN!

Oleh keraba keupayaannya untuk memperbaiki aliran darah dalam badan khususnya ke otak, coklat didapati boleh meningkatkan aliran darah ke retina sekali gus memberi rangsangan yang lebih baik kepada mata.


  • Coklat membantu meningkatkan peraliran DARAH!

Koko mengandungi anti-pembekuan darah dan satu sifat yang sentiasa bekerja dengan cara yang sama seperti aspirin.Ia juga boleh meningkatkan aliran darah.

  • Coklat memberikan anda MOOD yang BAIK!

Tidak dapat dinafikan,kenikmatan kemanisan coklat adalah sesuatu yang hebat.Menikmati makanan adalah sebahagian daripada menikmati kehidupan.Penggemar coklat juga mengatakan mereka berasa kurang stress melalui pemakanan coklat.



  • Coklat boleh mengelakkan BATUK!

Ramuan dalam coklat dipanggil "Theobromine".Ia mampu mengurangkan aktiviti saraf vagus.Sekitar tahun 2010,para sainstis membuat kajian untuk menghasilkan sejenis ubat yang mengandungi "theobromine" bagi menggantikan ubat batuk yang mengandungi kodein yang boleh mendatangkan kesan sampingan yang berisiko.

  • Coklat melindungi Kulit anda!

Lupakan apa yang anda pernah dengar mengenai coklat menyebabkan jerawat.Coklat gelap sebenarnya baik untuk kulit anda.Jenis antioksidan yang dipanggil flavoid yang ditemui dalam coklat gelap menawarkan beberapa perlindungan daripada kerosakan UV dari matahari.

  • Coklat boleh melawan DIABETES!


Kajian di Itali pada tahun 2005 mendapati coklat meningkatkan sensitiviti insulin dan seterusnya mengurangkan risiko diabetes.



  • Coklat meningkatkan kadar kesihatan JANTUNG!


Antara lain ialah merendahkan tekanan darah,kadar kolestrol dalam badan dan risiko menghidap penyakit jantung kerana coklat mampu bertindak melawan peradangan.

  • Coklat mengurangkan kadar serangan strok


Kajian di Sweden menunjukkan wanita yang makan coklat lebih daripada 45g seminggu kurang berisiko terkena serangan jantung sebanyak 20 & lebih rendah.

Daripada:PakarKekCoklatLembab 

Sumber:Rujukan Internet